Alumni UiTM Perlis Malaysia

think of alumni, think of giving back...

AGM 2019 dan aktiviti-aktivitinya...

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni UiTM Perlis 2019

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni UiTM Perlis 2019 telah berlangsung pada 6 April 2019 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penasihat 1 Persatuan, Dato' Wira Othman bin Aziz. Ianya juga turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Azahari bin Mohamed Kamil (Mantan Penasihat) dan Tuan Hj Abd Latif bin Mohd Tahir ( Penasihat 3 Persatuan). Mesyuarat kali ini menyaksikan Tuan Hj Mohd Daud bin Dahar telah dipilih sebagai Presiden yang baru untuk sessi 2019 - 2021


Sempena Mesyuarat Agung Tahunan persatuan Kali ke 9 ini, pelbagai acara telah berlangsung dengan jayanya seperti Pertandingan Golf Amal, Treasure Hunt dan Networking Tea Session.


Lagi cerita dan gambar...

Tresure Hunt Amal

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan persatuan Kali ke 9 ini juga pihak persatuan buat pertama kalinya telah menganjurkan acara Treasure Hunt. Acara berlangsung pada pagi hari Sabtu, 6 April 2019. Bermula dan tamat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara. Ianya telah disertai oleh alumni UiTM Perlis bersama keluarga serta rakan mereka. Para peserta telah dilepaskan oleh bekas Presiden persatuan, Tuan Haji Ahmad Shamsul Baharin bin Mohd Hanafiah. Manakala penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Seri Mohamed Azahari bin Mohamed Kamil. Acara telah dimenangi oleh kumpulan Vod Ka Hunter.

Lagi cerita dan gambar...


Kejohanan Golf Amal

Kejohanan telah berlangsung di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara pada hari Sabtu, 6 April 2019. Ianya telah disertai oleh alumni UiTM Perlis dari pelbagai kursus.Kejohanan kali ini telah dimenangi oleh pasukan dari pra kejuruteraan.

Lagi cerita dan gambar...